Friday, March 8, 2013

Bagaimana kita nak tambah widget pada blog kita supaya lebih kita tak jemu memandang

1.  Sebelum kita mulakan, kawan cadangkan agar korang backup template korang terlebih dahulu. 

2.  Cara nak backup template, korang boleh lihat pada post kawan yang lepas iaitu "Macam mana nak  backup template"

3.  Sekarang cuba korang pergi ke dashboard > layout. Boleh perhatikan gambarajah di bawah andai kurang faham

 
4.  Selepas korang klik pada "Layout" tu, akan terpapar page macam gambar bawah ni kan?



5.  Kalau dah keluar page macam kat atas ni, sila klik pada "Add a Gadget" dan korang boleh pilih gadget yang bersesuaian dengan pandangan korang. 

    Contoh : Kawan nak letak gadget Google Follower. So kawan klik pada Google Followers.



   Selepas klik button tambah macam kat atas ni, preview page akan keluar macam bawah ni.



 6.  Step last, kawan klik save. Selepas save, sila preview dulu kemudian jika berpuas hati, baru korang save arrangement ye.


Selamat mencuba!

 

Tuesday, March 5, 2013

Macam mana nak buat post baru pada blog

Salam sejahtera. Lama rasanya tak buat entry kat blog ni. Hee. Kali ni kawan nak cerita tentang macam mana nak buat post pada blog. Topik yang agak lapuk dah rasanya. Tapi untuk golongan yang baru mencuba bidang blog ini, topik ini sangat penting untuk kawan.

1.  Login masuk dulu ke blog korang, selepas itu sila ke dashboard > new post macam gambar di bawah

 
 2.  Kemudian, page macam kat bawah ni akan keluar, korang dah boleh tulis idea korang dalam ni


3.  Tuliskan tajuk idea yang korang nak kongsi tu pada ruangan 'Post'

4.  Pada ruangan bawah post pula adalah berkenaan isi post korang. 

5.  Labelkan juga post korang itu mengenai apa.

6.  Apabila korang dah habis menulis, korang boleh klik publish pada panel yang berwarna oren tu.

Senang je kan? Huhu. Oklah kawan undur diri dulu. Wassalam w.b.t

Sunday, March 3, 2013

Apa fungsi setting pada dashboard

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kita mengenal apa itu 'setting' yang sedia ada kat dashboard kita. Simple je. Kawan baru belajar, jadi andai kata ada yang kurang jelas atau kurang tepat, minta pendapat otai-otai, master, dan korang semua terangkan atau tegur ya.

Fungsi setting yang ada merangkumi 5 perkara yang penting iaitu :
  1.  Basic : Korang boleh edit title blog, description blog, privacy blog, url blog, blog author, dan blog reader
  2.  Post and comment : Mengenai setting post korang dan komen dari pembaca blog korang
  3.  Mobile dan email : Mengenai post melalui sms/mobile korang dan juga setting email korang
  4.  Language and formating : Mengenai bahasa yang korang nak dan setting masa blog
  5.  Search preference : Mengenai meta tags, error, dan crawler
  6. Other : Mengenai blog tools, site feeds, OpenID, Adult contents, dan Google analytics

Ke enam-enam setting ni amat berguna buat kita sebagai blogger. Kawan pun sebenarnya sedang belajar juga benda-benda ni. Cuma belum ada cikgu je nak ajar kawan tentang blog ni. Jadi korang la tolong tunjuk ajar mana yang kurang kat kawan ni ye. Sekian, terima kasih ^^

Saturday, March 2, 2013

Macam mana nak backup template blog

1.    Dari dashboard korang, sila pergi ke template seperti gambar di bawah





















2.    Kemudian, sila click pada button backup/restore seperti gambar di bawah








3.    Apabila korang click button backup/restore tu, satu panel download akan keluar seperti gambar di bawah.












4.    Click pada "Download full template'' dan save pada computer korang.



Selamat mencuba!